Selamat datang ke blog Peribahasa Kita, semoga anda mendapat sesuatu di sini. Terima kasih.

Wednesday 1 May 2013

Membantu Kamal Membuat Poster



Tema     : 1 Sekolah
Unit       : 2 Bantu-membantu Amalan Murni
Tajuk     : Membantu Kamal Membuat Poster
Peribahasa : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Kamal    : Kawan-kawan, bolehkah kamu membantu saya  
                 membuat poster tentang haiwan dan tumbuh-
                 tumbuhan?

Ujai        : Boleh, Kamal. Saya dan Li Yin boleh mengumpulkan  
                 beberapa keping gambar haiwan seperti  sekawan
                 burung nuri dan seekor kucing.


Nalini     : Burung nuri itu dipelihara oleh ayah saya. Jiran saya
                 selalu ke rumah saya untuk melihat burung nuri itu.


Nisa       : Saya pula ada sepasang burung kakak tua.

Li Yin    : Oh, kamu semua ada haiwan kesayangan! Saya pula 
                 ada pokok bunga. Di rumah saya ada beberapa 
                 batang pokok bunga mawar. Jika kamu hendak  
                 mengambil gambar pokok bunga, datanglah ke rumah
                 saya.

Kamal    : Wah, baiknya hati kamu!

Ujai        : Itulah yang dinamakan semangat setia kawan, Kamal.


KATA NAMA AM:
Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia ialah benda-benda hidup tetapi bukan manusia.

Contohnya:
gajah                     pokok                  pari-pari               kucing                  burung                 unta

Penjodoh Bilangan:

sejambak bunga mawar

sehelai daun sirih

sebatang pokok

sekuntum bunga

sepasang burung kenari

sekawan itik

seekor arnab

tiga ekor kucing

                                                                               

Sunday 21 April 2013

Mari Bantu Kamal



Tema     : 1 Sekolah
Unit       : 2 Bantu-membantu Amalan Murni
Tajuk     : Mari Bantu Kamal
Peribahasa : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Semasa Kamal dan Razi ke zoo mini di sekolahnya, mereka ternampak Ujai. Mereka menyapa Ujai. Ujai memberitahu bahawa dompetnya tercicir. Mereka bersama-sama mencari dompet itu. Tiba-tiba Nisa muncul. Dia menyerahkan dompet kepada Ujai. Nisa terjumpa dompet Ujai semasa dia hendak ke zoo mini. Kamal mengajak kawan-kawannya, iaitu Ujai dan Razi, masuk ke zoo mini. Di dalam zoo mini itu terdapat haiwan dan tiumbuh-tumbuhan termasuik sepasang murai, serumpun pokok serai dan lima batang pokok pauh. Kamal meminta bantuan mereka melabel nama haiwan dan tumbuhan yang telah disediakan oleh cikdu Hamid. 



Diftong ialah dua bunyi  vokal disebut sekalu gus dalam satu suku kata.

Contoh:

Bonsai
Bangau
kaloi
Vokal Bergandinga ialah gandingan dua huruf vokal yang bergabung dalam satu bunyi.

Contoh:

Taat
Buat
Kuih
Saat

Penjodoh Bilangan ialah kata nama yang  menjadi pasangan pada kata bilangan bagi kata nama yang mengikutnya.

Contoh

Tiga buah kereta
 


bonsai
ikan koi
tiung


bangau

Membantu Cikgu



Tema     : 1 Sekolah
Unit       : 2 Bantu-membantu Amalan Murni
Tajuk     : Membantu Cikgu
Peribahasa : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Cikgu     : Kamal, mari ke sini sebentar. Minta murid yang ingin menolong cikgu datang ke bilik        buku teks. Sila agihkan tugasan ini. Beritahu mereka kerja yang perlu dibuat. Pastikan tugasan itu dibuat dengan kemas. Kamu perlu bantu-membantu untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Kamal    : Baiklah, cikgu. Saya akan memberitahu kawan-kawan saya, sesiapa yang ingin menolong cikgu, sila ke bilik buku teks. Saya akan pastikan tugasan ini dibuat dengan kemas. Kami akan saling membantu untuk menyiapkan tugasan ini.
                Kawan-kawan, mari kita bantu Cikgu Masliza.

Nisa       : Boleh, Kamal. Kami akan membantu beliau.

Ujai        : Baiklah. Apakah yang perlu kami buat?

Kamal    : Ini tugasannya. Nisa, kamu perlu menampalkan muka surat buku teks yang koyak. Ujai dan Razi
melabelkan kod bar pada buku teks. Terima kasih kawan-kawan. Kalau kita bantu-membantu sudah tentu kerja berat menjadi ringan.


Ayat Perintah:

Ayat Perintah Jenis Permintaan

- ayat yang bertujuan untuk memohon permintaan atau pertolongan dengan menggunakan perkataan minta atau tolong sebelum kata kerja. Partikel –lah boleh digunakan bagi melembutkan ayat silaan.

Contohnya:
1. Minta semua diam.
2. Minta hadirin bersabar dan bertenang.
3. Tolong tutup suis lampu itu.
4. Tolong sampaikan bungkusan ini kepada  
    ayah kamu.
5. Tolonglah belikan saya buku itu.
Ayat Perintah Jenis Suruhan

- ayat yang diucapkan untuk tujuan memberikan perintah atau arahan untuk melakukan sesuatu. Biasanya subjek dalam ayat ini yang terdiri daripada diri kedua digugurkan. Ayat suruhan ini boleh wujud dalam ragam ayat penyata atau ayat seruan berdasarkan suruhan yang hendak dilakukan.

Contohnya:
1. Siapkan tugasan yang saya berikan ini.
2. Siapka kerja kamu sekarang juga.
3. Buangkan sampah sarap ini.
4. Datang ke rumah saya esok.
5. Keluar dari sini!

Thursday 18 April 2013

E-mel kepada Lai Kin

Tema : 1 Sekolah
Unit : 1 Mari Bekerjasama
Tajuk : Sekolah Baharu Saya
Peribahasa : Jauh di mata, dekat di hati.
                    Ringan tulang

Daripada : razi@yahoo.com
Kepada : laikin@yahoo.com
Perkara : Sekolah Baharu Saya

Apa khabar, Saudari Lai Kin?
Sekolah baharu saya ialah Sekolah Kebangsaan Bestari, Kajang. Sekolah ini besar. Saya seronok belajar di sekolah ini. Gurunya pelbagai kaum. Guru kelas saya Puan Murni. Beliau baik hati. Beliau selalu membantu murid yang menghadapi masalah di sekolah.

Saya juga telah berkenalan dengan kawan baharu. Walaupun baru baru seminggu berkawan, kami berasa amat akrab. Mereka ialah Kamal, Li Yin, Nalini dan Ujai. Kamal ketua keas. Dia rajin. Nisa pula  pandai dan periang. Nalini ringan tulang. Li Yin pula suka bergurau. Ujai aktif bersukan. Dia suka makan tapai dan kuih cakoi.

Sampaikan salam saya kepada keluarga dan sahabat handai saudari di Pulau Langkawi.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Razi bin Ahmad

Ayat tunggal dan Ayat majmuk:


Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat:

Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua ayat tunggal atau lebih:
1. Beliau guru saya.
2. Sekolah ini besar.
3. Gurunya pelbagai kaum.
4. Kamal ketua kelas
5. Mereka rajin.
6. Nalini ringan tulang.
7. Li Yin pula suka bergurau.
8. Mereka sedang mandi  di sungai
9. Rumah itu di atas bukit.
10. Bukit Fraser di negeri Pahang.
1. Nisa pula pandai dan periang.
2. Dia suka makan tapai dan kuih cakoi.
3. Sampaikan salam saya kepada  
    keluarga dan sahabat handai saudari di 
    Pulau Langkawi.
4. Kamal dan Ujai ke kantin.
5. Anak itu mengangis kerana ia lapar.
6. Marina makan kuih sambil menonton
    telivisyen.
7. Mereka bangun lalu turun ke serambi.
8. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.

Wednesday 17 April 2013

Gotong-royong di Kelas Permata

Tema1 : SEKOLAH
Unit    : Mari Bekerjasama
Tajuk : Gotong-royong di Kelas Permata 

Peribahasa : Ringan tulang.
 

(Mari Baca dan Fahami)

Kamal mengajak Razi  dan Li Yin ke Kelas Permata. Mereka bertiga ingin membantu Cikgu Hamid dan murid-murid kurang upaya mencantikkan kelas itu. Di kelas itu, mereka dapat melihat  murid-murid kurang upaya membuat pelbagai aktiviti. Senarai aktiviti tersebut ditampal pada dinding kelas.

Mereka bekerjasama. Mereka peramah dan ringan tulang. Mereka membantu murid-murid Kelas Permata dengan bersungguh-sungguh. Cikgu Hamid berasa gembira.

Tatabahasa:
 Imbuhan awalan beR- dan meN ialah imbuhan yang ditambah di hadapan kata dasar.
 
Daftar Perkataan Tahun 3


Awalan beR
Awalan meN
bertiga
berkawan
berlari
bersukan
berlakon
bermain
berakhir
berangan(-angan)
beransur-ansur
berapi
berasak(-asak)
berasap
berayun(-ayun)
berbaju
berbakat
berbaki
berbakti
berbalas
berbangga
berbaring
berbasikal
berbedak
berbelanja
berbelas-belas
berbeza
berbincang
berbintik(-bintik)
berbisa
berbisik
berbogel
berbuat
berbudi
berbulan-bulan
bercakar-cakaran
bercantum
bercukur
berdahan
berdayung
berdepan
berdering
berdiam
berdinding
berdua-dua
berdua-duaan
berduit
berdukung
berduyun-duyun
berebut
berendam
bererti
bergantung
bergaru
bergesel
bergeser
bergiat
bergilir-gilir
bergosok
bergotong-royong
bergulung
bergurau
bergusti
berhantu
berhelai-helai
berhimpit(-himpit)
berhujan
berhutan
berhutang
beribadat
beribu-ribu
berikut
berilmu
beristeri
berjabat
berjambak
berjambang
berjam-jam
berjangkit
berjemur
berjumlah
berjuta-juta
berkabus
berkali-kali
berkejar
berketak
berkira-kira
berkompang
berkulat
berlaci
berladang
berlakon
berlalu
berlapar
berlari-lari
berlatih
berlag­ak
berlepas
berlumba
berlumpur
berlutut
bermalam
bermanja
bermenung
berminat
bermula
bermurah (hati)
bermusim
bermusuh
bernasib
berniat
bernilai
bernyaw­a
beroleng-oleng
berolok-olok
berpagar
berpakat
berpanas
berpantai
berpantun
berparut
berpecah
berpenyakit
berperang
berperangai
berpuluh-puluh
bersalin (pakaian)
bersambung
bersampan
bersampul
bersandar
bersatu
bersejarah
bersepakat
bersetuju
bersi­at
bersikap
bersila
bersimpati
bersorak
bersyair
bertabur
bertaburan
bertakung
bertanduk
bertangga
bertangkai
bertarikh
berteduh
bertempat
bertemu
bertenaga
bertenang
berterima kasih
berternak
bertikam
bertimbun
bertinggung
bertingkat
bertuah
bertukang
bertukar
bertunas
bertutur
berubat
berulang-alik
berunif­orm
beruntung
ber­ajah

melambung
melancong
melangkah
melantik
melapik
melatih
melayan
melempar
meletup
melilit
melutut
memagar
memagut
memakan
memaku
memanah
memanjang
membaham
membajak
membancuh
membantah
membela (pertahan)
membeli-belah
membelit
membelok
membentuk
membesar
membiak
membilas
membonceng
membongkok
membubuh
membunuh
memekik
memerah
memesan
memicit
memikul
memohon
memproses
memunggah
memungut
menabur
menahan
menaip
menajak
menakung
menambat
menanggung
menapis
menaruh
mencabar
mencatuk
mencebok
mencegah
mencipta
mencongak
mencorak
mencucuk
mencukur
mencurah
mendail
mendarat
mendepa
menderhaka
menderita
mendidih
mendidik
mendukung
mendung
menebas
menegah
menekan
menepis
menepuk
meneropong
menetap
menetas
mengacau
mengagih
mengail
mengait
mengaku
mengalih
mengalir
menganga
mengangguk
mengangkat
mengangkut
mengantuk
menganyam
mengarang
mengasuh
mengatur
mengaum
mengawal
mengayuh
mengayun
mengebas
mengebom
mengempis
mengendur
mengepam
mengerat
mengetam
menggergaji
menggesel
menggeser
menggigil
menggilis
menggonggong
menghadap
menghafal
menghala
menghalang
menghias
menghidap
menghidu
menghimpit
menghina
menghiris
menghitung
mengiau
mengkaji
menguak
mengucap
menguji
mengulang kaji
menguli
mengundang
menguning
mengupah
mengurung
mengurut
mengutus
meniarap
menikam
menitik
menitis
menjamu
mensyampu
menternak
menuduh
menumis
menumpang
menunjuk
menyiasat
menyalak
menyangka
menyapa
menyeberang
menyedut
menyelam
menyemai
menyemak
menyepak
menyepit
menyerah
menyerang
menyidai
menyinggung
menyokong
menyudu
menyuntik
menyusu
meracun
meragut
merajuk
meramas
merampas
merancang
merangkak
merata(-rata)
merayap
merayau
merdeka
merebus
mereka (mencipta)
merekah
merendam
meriba
meronda
merujuk
merumput

Monday 15 April 2013

Menjaga Kebersihan Kelas

Tema1 : SEKOLAH
Unit    : Mari Bekerjasama
Tajuk : Menjaga Kebersihan Kelas

(Mari Dengar dan Sebut)

Kamal : Salam sejahtera, kawan-kawan. Terima kasih kerana melantik saya      
              Ketua Kelas Tahun 3 Mawar. Ini jadual tugasan kelas kita. Kita mesti
              bekerjasama untuk membersihkan kelas supaya kelas kita bersih dan cantik.

Murid Kelas Tahun 3 Mawar : Tahniah, Kamal! Kami akan membantu kamu.

Kamal mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya kerana melantiknya sebagai Ketua Kelas
Tahun 3 Mawar. Kamal menunjukkan jadual tugasan. Kamal meminta kawan-kawannya memberikan kerjasama untuk memastikan Kelas Tahun 3 Mawar sentia bersih



Jadual Tugasan Tahun 3 Mawar:

JADUAL TUGASAN TAHUN 3 MAWAR
ISNIN
NALINI
LI YIN
RAZI
SELASA
NISA
DEWI
UJAI
RABU
AZNI
AINA
MING LEE
KHAMIS
LIZA
TINA
AIMAN
JUMAAT
USHA
AILIN
IMRAN


JAGA KEBERSIHAN KELAS KITA!

Pastikan kebersihan:
1. Lantai
2. Tingkap
3. Laci meja
4. Papan tulis
5. Meja murid
6. Meja guru

Standard Pembelajaran 1.2.6 : Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan  ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat.

Sebutkan frasa di bawah :

salam sejahtera,
terima kasih,
ketua kelas,
jadual tugas,
tapak perhimpunan,
membersihkan kelas,
nama sekolah,
kawasan sekolah,
banyak murid,

Perumpamaan Tahun 3



Bagai anjing dengan kucing 
- adik beradik yang suka bergaduh

Bagai aur dengan tebing                       
- tolong-menolong antara satu sama lain

Bagai isi dengan kuku                            
- persahabatan yang sangat erat

Bagai katak di bawah tempurung          
- orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar

Bagai layang-layang putus tali              
- tiada upaya lagi hanya berserah kepada nasib

Bagai melepas batok di tangga               
- membuat sesuatu kerja secara sambalewa

Seperti anjing dengan bayang-bayang   
- orang yang tamak tidak cukup dengan apa-apa yang ada

Seperti cacing kepanasan                       
- tidak diam atau tenang , selalu gelisah

Seperti kera sumbang                            
- memencilkandiri

Seperti lipas kudung                                
- cepat dan cekap