Selamat datang ke blog Peribahasa Kita, semoga anda mendapat sesuatu di sini. Terima kasih.

Thursday 18 April 2013

E-mel kepada Lai Kin

Tema : 1 Sekolah
Unit : 1 Mari Bekerjasama
Tajuk : Sekolah Baharu Saya
Peribahasa : Jauh di mata, dekat di hati.
                    Ringan tulang

Daripada : razi@yahoo.com
Kepada : laikin@yahoo.com
Perkara : Sekolah Baharu Saya

Apa khabar, Saudari Lai Kin?
Sekolah baharu saya ialah Sekolah Kebangsaan Bestari, Kajang. Sekolah ini besar. Saya seronok belajar di sekolah ini. Gurunya pelbagai kaum. Guru kelas saya Puan Murni. Beliau baik hati. Beliau selalu membantu murid yang menghadapi masalah di sekolah.

Saya juga telah berkenalan dengan kawan baharu. Walaupun baru baru seminggu berkawan, kami berasa amat akrab. Mereka ialah Kamal, Li Yin, Nalini dan Ujai. Kamal ketua keas. Dia rajin. Nisa pula  pandai dan periang. Nalini ringan tulang. Li Yin pula suka bergurau. Ujai aktif bersukan. Dia suka makan tapai dan kuih cakoi.

Sampaikan salam saya kepada keluarga dan sahabat handai saudari di Pulau Langkawi.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Razi bin Ahmad

Ayat tunggal dan Ayat majmuk:


Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat:

Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua ayat tunggal atau lebih:
1. Beliau guru saya.
2. Sekolah ini besar.
3. Gurunya pelbagai kaum.
4. Kamal ketua kelas
5. Mereka rajin.
6. Nalini ringan tulang.
7. Li Yin pula suka bergurau.
8. Mereka sedang mandi  di sungai
9. Rumah itu di atas bukit.
10. Bukit Fraser di negeri Pahang.
1. Nisa pula pandai dan periang.
2. Dia suka makan tapai dan kuih cakoi.
3. Sampaikan salam saya kepada  
    keluarga dan sahabat handai saudari di 
    Pulau Langkawi.
4. Kamal dan Ujai ke kantin.
5. Anak itu mengangis kerana ia lapar.
6. Marina makan kuih sambil menonton
    telivisyen.
7. Mereka bangun lalu turun ke serambi.
8. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.

1 comment: