Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan. Perumpamaan dibentuk untuk membandingkan sesuatu perkara dengan yang lain dan biasanya didahului dengan perkataan umpama, bagai, seperti, laksana dan ibarat. Perumpamaan juga membawa maksud yang berbeza daripada maksud asal perkataan yang digunakan dan umumnya mengandungi pengajaran.
Bagai air titik ke batu
Susah menasihati orang yang degil.
Sudah berkali-kali Pak Rahim menasihati anaknya supaya jangan melabur dalam skim cepat kaya itu. Akan tetapi, nasihatnya bagai air titik ke batu kerana langsung tidak dipedulikan oleh anaknya.
Bagai anjing buruk kepada
Orang yang telah diketahui kejahatannya akan dibenci oleh masyarakat.
Penduduk Taman Sri Nilam menganggap Majid bagai anjing buruk kepada dahulu dia pernah menjalani hukuman penjara.
Bagai aur dengan tebing
Orang atau masyarakat yang hidup bantu-membantu.
Kempen "Jiran Sepakat Membawa Berkat" diadakan untuk menyedarkan penduduk bandar tentang pentingnya hidup tolong-menolong sesama mereka. Hidup bantu-membantu bagai aur dengan tebing ini dapat menyatupadukan masyarakat.
Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit
Nenek saya yang mati bagai ayam disambar helang itu amat menghairankan doktor. Hal ini demikian kerana dia baru sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan baik kesihatannya.
bagus
ReplyDelete