Selamat datang ke blog Peribahasa Kita, semoga anda mendapat sesuatu di sini. Terima kasih.

Sunday, 21 April 2013

Membantu Cikgu



Tema     : 1 Sekolah
Unit       : 2 Bantu-membantu Amalan Murni
Tajuk     : Membantu Cikgu
Peribahasa : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Cikgu     : Kamal, mari ke sini sebentar. Minta murid yang ingin menolong cikgu datang ke bilik        buku teks. Sila agihkan tugasan ini. Beritahu mereka kerja yang perlu dibuat. Pastikan tugasan itu dibuat dengan kemas. Kamu perlu bantu-membantu untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Kamal    : Baiklah, cikgu. Saya akan memberitahu kawan-kawan saya, sesiapa yang ingin menolong cikgu, sila ke bilik buku teks. Saya akan pastikan tugasan ini dibuat dengan kemas. Kami akan saling membantu untuk menyiapkan tugasan ini.
                Kawan-kawan, mari kita bantu Cikgu Masliza.

Nisa       : Boleh, Kamal. Kami akan membantu beliau.

Ujai        : Baiklah. Apakah yang perlu kami buat?

Kamal    : Ini tugasannya. Nisa, kamu perlu menampalkan muka surat buku teks yang koyak. Ujai dan Razi
melabelkan kod bar pada buku teks. Terima kasih kawan-kawan. Kalau kita bantu-membantu sudah tentu kerja berat menjadi ringan.


Ayat Perintah:

Ayat Perintah Jenis Permintaan

- ayat yang bertujuan untuk memohon permintaan atau pertolongan dengan menggunakan perkataan minta atau tolong sebelum kata kerja. Partikel –lah boleh digunakan bagi melembutkan ayat silaan.

Contohnya:
1. Minta semua diam.
2. Minta hadirin bersabar dan bertenang.
3. Tolong tutup suis lampu itu.
4. Tolong sampaikan bungkusan ini kepada  
    ayah kamu.
5. Tolonglah belikan saya buku itu.
Ayat Perintah Jenis Suruhan

- ayat yang diucapkan untuk tujuan memberikan perintah atau arahan untuk melakukan sesuatu. Biasanya subjek dalam ayat ini yang terdiri daripada diri kedua digugurkan. Ayat suruhan ini boleh wujud dalam ragam ayat penyata atau ayat seruan berdasarkan suruhan yang hendak dilakukan.

Contohnya:
1. Siapkan tugasan yang saya berikan ini.
2. Siapka kerja kamu sekarang juga.
3. Buangkan sampah sarap ini.
4. Datang ke rumah saya esok.
5. Keluar dari sini!

No comments:

Post a Comment