Selamat datang ke blog Peribahasa Kita, semoga anda mendapat sesuatu di sini. Terima kasih.

Simpulan Bahasa

Definisi Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa ialah rangkaian perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal. Abdullah Hussein pula menyatakan bahawa simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan tertentu untuk menyatakan susuatu maksud lain daripada erti yang lazim. Simpulan bahasa merupakan peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan yang berbentuk kata majmuk dan mendorong maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang membentuk perkataan tersebut. Susunan perkataannya adalah tetap  dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.

Abang kandung
Abang yang seibu dan seayah dengan  seseorang.
Wajah lelaki itu seiras wajah saya kerana dia abang kandung saya.

Abu Dajal
Orang yang berperangai jahat yang suka mengganggu orang lain.
"Kumpulan remaja itu memang Abu Dajal kerana selalu mengusik  gadis-gadis  dikampung ini", Mak Timah mengadu kepada penghulu.

Abu Jahal
Orang yang suka menghalang orang lain daripada melakukan kebaikan.
"Kalau kamu tidak suka membuat kerja amal, janganlah jadi Abu Jahal dan menghalang saya daripada membuatnya", kata Lee Min kepada kawannya.

Bahasa badan
Gerak-geri badan seseorang.
Daripada bahasa badan Sarimah, saya tahu bahawa dia tidak suka akan lelaki itu.

Bahasa halus
Bahasa yang lembut dan sopan.
Apabila kita bercakap dengan ibu bapa kita, kita hendaklah menggunakan bahasa halus menggunakan.

Bahasa ibunda
Bahasa sendiri yang digunakan sejak kecil lagi.
Murid-murid di sekolah kebangsaan tidak digalakkan untuk menggunakan bahasa ibunda ketika di sekolah.

No comments:

Post a Comment