Unit : Mari Bekerjasama
Tajuk : Menjaga Kebersihan Kelas
(Mari Dengar dan Sebut)
Kamal : Salam sejahtera, kawan-kawan. Terima kasih kerana melantik saya
Ketua Kelas Tahun 3 Mawar. Ini jadual tugasan kelas kita. Kita mesti
bekerjasama untuk membersihkan kelas supaya kelas kita bersih dan cantik.
Murid Kelas Tahun 3 Mawar : Tahniah, Kamal! Kami akan membantu kamu.
Kamal mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya kerana melantiknya sebagai Ketua Kelas
Tahun 3 Mawar. Kamal menunjukkan jadual tugasan. Kamal meminta kawan-kawannya memberikan kerjasama untuk memastikan Kelas Tahun 3 Mawar sentia bersih
Jadual Tugasan Tahun 3 Mawar:
JADUAL TUGASAN TAHUN 3 MAWAR
|
|||
ISNIN
|
NALINI
|
LI YIN
|
RAZI
|
SELASA
|
NISA
|
DEWI
|
UJAI
|
RABU
|
AZNI
|
AINA
|
MING LEE
|
KHAMIS
|
LIZA
|
TINA
|
AIMAN
|
JUMAAT
|
USHA
|
AILIN
|
IMRAN
|
JAGA KEBERSIHAN KELAS KITA!
Pastikan kebersihan:
1. Lantai
2. Tingkap
3. Laci meja
4. Papan tulis
5. Meja murid
6. Meja guru
Standard Pembelajaran 1.2.6 : Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat.
Sebutkan frasa di bawah :
salam sejahtera,
terima kasih,
ketua kelas,
jadual tugas,
tapak perhimpunan,
membersihkan kelas,
nama sekolah,
kawasan sekolah,
banyak murid,
No comments:
Post a Comment