Tema Budi Bahasa
Bagai kacang melupakan kulit.
Orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya.
Andrian bagai kacang melupakan kulit kerana tidak menghiraukan ibu bapa angkatnya di kampung sejak dia bekerja di Kuala Lumpur.
Bagai melepaskan anjing tersepit.
Menolong orang yang tidak tahu mengenang budi.
Pertolongan yang pernah diberikan oleh Pak Sudin kepada Imran bagai melepaskan anjing tersepit kerana setelah senang, Imran tidak mahu membayar tanah yang digadai oleh Pak Sudin.
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Merendah diri.
"Apabila berada di rumah Pak Long Leman, baiklah membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang," pesan Pak Cik Lokman kepada anaknya.
No comments:
Post a Comment