Selamat datang ke blog Peribahasa Kita, semoga anda mendapat sesuatu di sini. Terima kasih.

Pepatah

Definisi Pepatah
Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya. Pepatah juga digunakan untuk menyatakan penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan. Ada juga yang menyatakan pepatah adalah kalimat-kalimat yang dapat mematahkan dan mengiaskan sesuatu keadaan dalam kehidupan masyarakat. Menurut Rubiah Aksah (2005:174), pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu.


Ada air adalah ikan.
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
"Walaupun tempat ini sunyi sahaja, namun ada kesan-kesan tinggalan yang membuktikan bahawa negeri di sini. Jadi, tentu tidak salah kalau beta katakan bahawa ada air, adalah ikan," tidah Raja Muhammad kepada para pemburu yang mengiringi baginda.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya.
Penduduk kampung tidak hairan dengan sikap Anwar yang suka membuat kerja-kerja kebajikan seperti ibu bapanya kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Cacing hendak menjadi naga.
Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi.
Majid hanya kerani di pejabat itu tetapi lagaknya seperti pegawai. Tingkah lakunya itu ibarat cacing hendak menjadi naga.

Datang seperti ribut, perti seperti semut.
Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih.
Wabak taun yang menyerang penduduk di kampung itu datang seperti ribut, pergi seperti semut. Walaupun telah sebulan wabak itu menyerang, penduduk kampung itu masih lagi diletakkan di bawah pengawasan pihak Jabatan Kesihatan Daerah.

No comments:

Post a Comment