Selamat datang ke blog Peribahasa Kita, semoga anda mendapat sesuatu di sini. Terima kasih.

Thursday, 4 April 2013

Peribahasa

Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau.
Seseorang yang berilmu, tetapi tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak akan membawa faedah.
Sungguhpun berpelajaran tinggi, tetapi dia itu umpama ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau.

Ada padang, ada belalang.
Asal masih hidup tentu akan beroleh rezeki.
Kita tidak seharusnya mudah berputus asa dalam hidup kerana ada padang, ada belalang.

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran, atau bayaran.
Telah jelas, dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan itu ibarat ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Ada rotan ada duri 
Dalam kesenangan tentu ada kesusahan.
Kita perlu sentiasa beringat walaupun selalu dalam kemewahan kerana ada rotan ada duri.

Ada rupa ada harga.
Sesuatu yang mahal itu biasanya bermutu dan cantik.
Lumrah ada rupa ada harga, jika berkehendakkan barangan yang bermutu tinggi, sediakan wang yang lebih.

Ada sampan hendak berenang.
Ada perkara yang senang tetapi hendak juga bersusah-payah.
Umpama ada sampan hendak berenang, diberi cadangan yang mudah, dia menolak.

Adakah buaya menolak bangkai?
Seseorang yang jahat akan cuba berbuat jahat sekiranya ada kesempatan.
Walaupun berlagak baik, terapi adalah buaya menolak bangkai?



No comments:

Post a Comment